Saturday 2 November 2013

Kelas Kuih Terhangat Di Pasaran Kini – 2/11/2013

Kelas Kuih Terhangat Di Pasaran Kini telah berlangsung di MyCitarasa Asli Studio dalam suasana santai tetapi gamat dengan kehadiran 9 orang peserta terdiri daripada Nurlinna Bte Mohd JaliUmi Zuliana AzmanRoziyah KhalidAgri NurulTun NazmaJatt SamadCik SitiNorzaililah Nova Dessert serta Noora Fadzil.
Peserta telah diberi tunjuk ajar serta teknik menghasilkan inti koci yang sedap dan tahan lama, teknik membuat kuih koci yang lembut & boleh dikukus banyak kali, pembungkusan kuih koci yang comel dan kemas, membuat Cheezy Murtabak Crackers dalam pack ekonomi, menghasilkan Talam Keladi Berlauk Nyonya resepi tradisional masyarakat Cina, puding kaca yang cantik dan menarik serta teknik membuat apam yang ringkas, gebu, lembut dan boleh disejuk bekukan.
Ribuan terima kasih dari Citarasa Asli kerana sudi hadir ke kelas kami.

Bagi yang berminat untuk mempelajari teknik-teknik tersebut dan menempah boleh PM Kak Mai Abdul Halim atau hubungi/whatsup di 017 5419816. Untuk keterangan lanjut sila lawati : http://citarasa-asli.blogspot.com/
































































No comments:

Post a Comment