Friday 24 May 2013

Kelas Kek Slice - 24/5/2013

Kelas Kek Slice telah berlangsung dalam suasana santai dan ceria dari Bilik Kelas Citarasa Asli. Kelas yang sepatutnya dihadiri oleh 8 orang pelajar hanya dihadiri oleh 7 orang sahaja kerana seorang peserta tidak hadir tanpa berita. Kepada yang hadir Citarasa Asli mengucapkan ribuan terima kasih. 
Mulai dari tarikh ini juga peserta hanya akan diletakkan nama didalam senarai kelas setelah deposit dimasukkan. Harap maklum.































Wednesday 22 May 2013

Kelas Roti Jala & Kari Ayam Kawww - 22/5/2013

Kelas Roti Jala & Kari Ayam Kawww telah dihadiri oleh 3 orang pelajar telah berlangsung dengan suasana santai dan ceria dari Kelas Citarasa Asli. Peserta telah diajar teknik-teknik membuat serta menjala roti jala dan teknik menyiapkan 1 kg tepung dalam masa 30 minit tanpa mengotorkan dapur dan menghasilkan tekstur roti jala yang lembut dan halus.  Pelajar juga diajar cara memasak Kari Ayam Kawww. Ribuan terima kasih Kak Mai ucapkan kepada semua pelajar kerana sudi belajar dengan Citarasa Asli.


















Sunday 19 May 2013

Kelas Maruku Malatopsss - 19/5/2013

Kelas Maruku Malatopsss telah diadakan pada 19/5/2013 di Kelas Citarasa Asli pada sebelah petang. Ribuan terima kasih diucapkan kepada Puan Norrihan, Puan Faezah, Puan Siti & Puan Aqilah diatas kesudian menimba ilmu dengan Citarasa Asli