Saturday 24 November 2012

Kelas Kuih Talam telah berjalan dengan lancar dan penuh santai pada 24.11.2012 dan pertama kalinya kelas di Citarasa Asli Kitchen diadakan pada waktu pagi. 

Kelas ini telah dihadiri oleh 4 orang pelajar dimana duanya datang dari jauh. Kelas Kuih Talam kali ini diajar 4 jenis kuih talam yang terhangat dipasaran iaitu:

1.  Serimuka Durian Gula Merah, 
2. Talam Lapis Koleh Kacang, 
3. Talam Sago Banjar  dan 
4. Talam Jala Emas.

Lihatlah gambar aktiviti semasa kelas yang penuh santai dan ceria ini.


















Thursday 22 November 2012

Salam sejahtera,

Ingin dimaklumkan bahawa kelas pada 24.11.2012 (Sabtu) telah PENUH


Memandangkan permintaan ramai KELAS ULANGAN akan diadakan pada keesokanya iaitu 25.11.2012 (ahad) dengan masa dan module yang sama.


Kepada yang berminat segera daftarkan diri anda sebelum terlambat kerana kelas pada 25.112012 (Ahad) tinggal 1 kekosongan sahaja lagi.


Sila sms ke 017-5419816 atau email ke citarasaasli@gmail.com


Terima kasih.  

_______________________________________________________________
 Kelas Anika Kuih Talam - 1 kekosongan

Tarikh             :  25 November 2012 (Ahad)
                                       
Masa              :  11.00 am hingga selesai 
Lokasi             :  Citarasa Asli Kitchen
    Bangsar  
            
Fee                 :  RM160.00
Deposit          :  RM  60.00

Pengajar      :  Kak Mai – http://citarasa-asli.blogspot.com
RSVP               :  017 - 5419816 - Kak Mai
 
MBB                 :  Maimunah Abdul Halim
No/Acc          : 1641 0001 1253  (sila sms pengesahan selepas bank-in)

Resepi yang dipelajari:
1.      Talam Jala Emas
2.      Talam Sago Banjar
3.      Talam Lapis Koleh Kacang
4.      Serimuka Durian Gula Merah

Student :

1.  Aziah, Ulu Kelang
2.  Hana, TM Bangsar
3.  Effa, Petaling Jaya
4.  (Kosong)

Tuesday 13 November 2012

Kelas Durian Crepe dan Japanese Crispy Cream Puff

Kelas Hands On berlangsung dengan jayanya pada 13.11.2012

Kak Mai mengajar 2 jenis pilihan ramai  yang paling hangat sekarang iaitu:

1. Durian Crepe 
2.  Japanese Crispy Cream Puff


Kak Mai agak teruja mengajar kali ini kerana salah sorang student datangnya dari Triang, Pahang.  Jauh datang semata-mata untuk menuntut ilmu Durian Crepe yang sedap dan menjadi kegilaan ramai sekarang dan Japanese Crispy  Cream Puff yang ranggup tapi lembut dengan cream yang begitu 'royal' sekali.  Ribuan terima kasih juga kepada Kak Nor kerap hadiri kelas yang Citarasa Asli adakan sejak 2011. Muach muach ...........

Bagi sesiapa yang berminat untuk order Durian Crepe bagi kawasan Triang boleh cari  Cikgu Nurul Aziyan ye...... Resepi dia pelajari adalah yang original dan bukanya resepi kuih ketayap tau.

            

  

 Aktiviti student dalam class.................


 Kak Nor yang happy sangat2 dapat mengelek kulit crepe


 
 Cikgu Nurul Aziyan cuti sekolah nie leh amik order Durian Crepe ye  
bagi kawan Triang dan sewaktu dengan nya ......... hehehe












Saturday 3 November 2012

Kelas Hands On 4 Jenis Kuih Talam

Kelas Hands On Anika Kuih Talam  telah berlangsung pada 03.11.2012 dengan penuh riang dan santai dari student

Kak Mai mengajar 3 jenis Kuih Talam  dan 1 Bingka yang paling hangat sekarang iaitu:

1. Talam Lapis Kacang Merah
2. Talam Kasui Nyonya
3. Talam Tokyo
4.  Bingka Lapis Berlauk - ***** (the best)

Ribuan terima kasih kepada Kak Ros, Puan Norsiah,  Puan Azni dan Zaila kerana sudi untuk belajar. Kelas yang paling kecoh dengan senda gurau dari mereka........

Komen dari student Kuih Kasui Nyonya paling sedap di "Malaya" .  cair di mulut kata mereka. Talam Tokyo yang marvelous, Talam Lapis Kacang Merah paling tip top keenakkannya dan paling sedap adalah Bingka Lapis Berlauk.








 Kasui Nyonya
Student kata paling sedap di Malaya ianya bila makan cair di mulut.


 Talam Tokyo
Fuhh .... sampai ke tokyo belajar kuih talam

 Bingka Lapis Berlauk


Talam Lapis Kacang Merah






Norsiah, Azni, Kak Ros dan Zaila yang paling meriah.  Sepanjang kelas penuh dengan gelak tawa dan lawak mereka.  Terima kasih semua.
 







 





 
Ini pula pemberian dari Zaila .  Kuih cara berlauk yang sedap.  Sesiapa berminat untuk menempah boleh hubungi  Zaila  012-2136185 (Subang Jaya)