Monday 16 July 2012

Kelas Santai Anika Talam - 13.7.2012

Kelas Santai Citarasa Asli  pada 15.7.2012 ahad  telah dihadiri oleh 3 orang adik beradik yang amat meminati untuk mempelajari Kuih Talam dan Kak Ros yang kini menjadi pembekal Kuih Talam di K Club Ampang.  Mereka merupakan regular customer Kak Mai. 

Pasni dah belajar leh buat sendiri ye................  bagi Kak Ros sekarang boleh melebarkan sayap mengedar Kuih Talam Area Ampang dan Hulu Kelang. Ribuan terima kasih kepada semua........

Mereka mempelajari membuat 4 jenis kuih talam seperti berikut:
1. Koleh Kacang
2. Talam Lapis Nyonya
3. Talam Suji Gula Merah
4. Binka Pandan Nyonya.











Sunday 15 July 2012

Kelas Santai Anika Talam (ad-hoc) telah berlangsung pada 14.7.2012 dengan jayanya di rumah Kak Mai. Seramai 6 orang telah hadir untuk mempelajari teknik yang betul membuat kuih talam dengan Citarasa Asli. 

Kelas dihadiri oleh Puan Shafina, Puan Faezah, Puan Ros, Puan Nor, Cikgu Ana dan kawanya...... Terima kasih kepada semuanya kerana sudi belajar dengan Kak Mai walau di beritahu last minit..  Kepada Puan Ros, Puan Faezah dan kawan cikgu Ana boleh la mula berniaga untuk bulan Ramadhan ini................  memang berbaloi cari dut raya.....


Kuih talam yang dipelajari adalah:
1.  Talam Jala Emas
2.  Talam Sago Banjar
3.  Talam Suji Durian
4.  Talam Sago Pancawarna
5.  Talam Lapis Koleh Kacang Hijau

Ini lah gambar hasil mereka............................. tada..............














sorry lagi 2 orang takda dalam gambar dia orang kat depan makan.............. hehehehe....  sorry ek Kak Ros dan Norsiah..... tu lah orang tengah berposing korang pi gebang kat depan....... 






Bagi yang berminat untuk mempelajari membuat Kuih Talam boleh hubungi Kak Mai di:

email     : citarasaasli@gmail.com
SMS hp : 017-5419816

 Syarat kelas:

1. student 3-5  orang - kelas akan diadakan di rumah Kak Mai di Bangsar dengan syarat deposit RM50 sebagai pengesahan kehadiran.

2. student 7-12 orang Kak Mai akan ke tempat anda dengan syarat deposit RM80 sebagai pengesahan.

Maaf banyak-banyak, Kak Mai terpaksa buat syarat kerana Kak Mai baru terkene/diainaya dimana perjanjian nak belajar lebih kurang 10 orang yang confirm pada pada (14.7.2012) tapi pada (12.7.2012 maghrib)  SMS jer kata  kelas cancel dan barang-barang kak Mai dah beli dan sediakan.

Harap memahami situasi Kak Mai.

Terima kasih.

Sunday 8 July 2012

Kelas Anika Talam  pada 07.07.2012 telah dihadiri seramai 8 orang peserta. Kelas telah diadakah di Madrasah Darus'saadah, Setiawangsa. Ribuan terima kasih kepada semua peserta yang hadir.

Resepi yang dipelajari adalah seperti berikut:

1. Talam Keladi Berlauk
2. Talam Tokyo
3. Talam Lapis Kacang Merah
4. Talam Cendol
5. Seri Muka Pulut Hitam















Sunday 1 July 2012

Kelas Santai Anika Talam telah berlangsung di Taman Watan, Ampang.  Seramai 11 peserta mengikuti kelas tersebut dengan penuh ceria dan gelak tawa.  Pelbagai persoalan diajukan oleh mereka.  Tambahan kelas kali ini dihadiri oleh sifu-sifu terkenal seperti Mis Creative, Mamazieza, Leen Omar, LindaZa, Rosyatimah, Norliza.  Tak ketinggalan juga peserta lain ......    

Lihatlah hasil mereka .............  bagi sesiapa yang ingin belajar atau ingin menganjurkan Kelas Anika Talam boleh email kepada citarasa-asli.blogspot.com atau sms ke 017-5419816.  Hari Sabtu atau Ahad saja ek.......... sebab Kak Mai nie bekerja..........hehehe

 
 
 
 Talam Keladi Berlauk

 Talam Lapis Keladi

 Talam Lapis Pelangi


Talam Lapis Ubi Kayu
 Seri Muka Pandan




 Gambar ceria 11 orang peserta.  Terima kasih tak terhingga buat semua yang telah sudi meluangkan masa untuk hadiri kelas Anika Talam. Dan terima kasih juga tak terhingga  atas sokongan dan respond tentang kuih yang belajar.  InsyaAllah kit ajumpa di kelas kedua  pula yang jangka akan diadakan selepas Hari Raya Aidil Fitri 2012.