Saturday 27 April 2013

Kelas Pavlova

Kelas Pavlova telah berlangsung pada 27/4/13 dengan penuh santai & ceria terus dari Citarasa Asli Kitchen. Ribuan terima kasih kepada 3 orang pelajar yang hadir untuk mempelajari cara-cara serta teknik-teknik membuat Pavlova yang gebu & rangup. Semoga semua pelajar berpuas hati serta dapat mempraktikkan apa yang telah dipelajari dan bersedia menerima tempahan Pavlova yang enak & sangat sedap.















Kelas Roti Jala & Kari Ayam Power 27/4/2013

Kelas roti jala & kari ayam power telah diadakan terus dari dapur Citarasa Asli dalam suasana ceria. Seramai 8 orang pelajar telah menyertai kelas ini untuk mempelajari teknik-teknik menebar roti jala & membuat kari ayam yang power. Ribuan terima kasih Kak Mai ucapkan kepada semua pelajar-pelajar yang sudi belajar dengan Kak Mai. 















Saturday 6 April 2013

Kelas Maruku Malatopssss.......

Kelas berlangsung dengan penuh santai di Citarasa Asli Kitchen.  Terima kasih kepada 7 orang peserta yang hadir untuk mempelajari tips dan teknik untuk mendaptkan maruku yang rangup, sedap dan tahan lama selama 4 bulan.  Semoga semu peserta berpuas hati dan menjadi Jutawan maruku selepas ini.  Jangan lupa mula amik order untuk Hari Raya 2013.  Semoga maju jaya...AMIN