Saturday 26 October 2013

Kelas Pulut Kuning Wedding bersama Harian Metro – 26/10/13

Kelas Package Pulut Kuning Hantaran bersama Harian Metro telah berlangsung di MyCitarasa Asli Studio, Bangsar dalam suasana ceria & santai dengan kehadiran wakil dari akhbar Harian Metro yang membuat sesi fotografi serta temuramah dan kehadiran peserta-peserta diantaranya ialah Chu Eedari Penang, Elin HilmiSammy ShazrinaCt Ayuz RazaliJunita Emran dan Zuraini Mamat.
Peserta-peserta telah diberi tunjuk ajar serta teknik menghasilkan pulut kuning hantaran, 2 tingkat dan 3 tingkat. Selain itu juga peserta diajar teknik-teknik ukiran sayur-sayuran ringkas serta gubahan bunga segar. Bagi melengkapkan kelazatan pulut kuning tersebut Kak Mai juga mengajar cara-cara menghasilkan rendang pedas yang sedap dan marvelous.
Disamping itu juga Citarasa Asli memberi tunjuk ajar serta tips membuat costing Pulut Kuning Perkahwinan mengikut package Diamond, Delima dan sebagainya. Peserta yang hadir tidak pulang dengan tangan kosong kerana setiap peserta akan membawa pulang sebiji pulut kuning bersaiz 9" hasil gubahan sendiri serta hadiah percuma berupa Set Tool Box Kit. Jutaan terima kasih kepada semua peserta yang hadir serta krew-krew dari akhbar Harian Metro kerana sudi membuat liputan,temuramah serta sesi fotografi semasa kelas ini berlangsung.
Kepada yang berminat untuk mempelajari teknik-teknik membuat pulut kuning hantaran atau menempah boleh PM Kak Mai Abdul Halim atau hubungi/whatsup di 017 5419816. Untuk keterangan lanjut serta gambar-gambar kelas sila lawati FB : Kak Mai Abdul Halim/Citarasa Asli









































































































No comments:

Post a Comment