Sunday 27 October 2013

Kelas 4 jenis Kuih Talam – 27/10/2013

Kelas 4 jenis talam telah berlangsung di MyCitarasa Asli Studio dihadiri oleh Puan Azni, Puan Nora dari Kajang Prima, Puan Romlah dari Petaling Jaya serta peserta yang terbang jauh dari Kuching, Sarawak Puan Haliza.
Antara modul kuih talam yaang diajar adalah Talam Lapis Jagung Berkrim, Talam Mak Dara, Talam Ubi Kayu serta Bingka Ubi. Peserta telah diberi tunjuk ajar serta teknik menghasilkan talam yang menarik serta texture yang cantik, memotong kuih talam dalam pelbagai saiz dengan kemas, pembungkusan serta teknik pemasaran, promosi dan jualan kuih talam.
Ribuan terima kasih kepada yang sudi hadir belajar dengan Citarasa Asli.

Kepada yang berminat untuk mempelajari teknik-teknik menghasilkan kuih talam serta menempah boleh PM Kak Mai Abdul Halim atau hubungi/whatsup di 017 5419816. Untuk keterangan lanjut sila lawati : http://citarasa-asli.blogspot.com/
.






































































































No comments:

Post a Comment