
Citarasa Asli kini mengadakan kelas Anika Kuih Talam, Anika Puding, Muffin, Brownies, Continental Cake dan pelbagai lagi. Kelas diadakan di Citarasa Asli Kitchen.Bangsar Kuala Lumpur. Peserta boleh buat pilihan samaada ingin Personal Class atau Kumpulan. Kelas Personal diadakan pada setiap hari mankala kelas berkumpulan diadakan pada hari Sabtu dan Ahad. Ia bergantuk kepada permintaan peserta. Sila lawati Blog Citarasa Asli. Terima Kasih.
Senarai Kelas yang diadakan
▼
Saturday, 15 June 2013
Kelas Roti Jala & Kari Ayam Kawww di Balok, Kuantan - 15/6/2013
Citarasa Asli menerima jemputan mengajar di Balok, Kuantan bertempat di Bengkel Liza. Kelas telah dihadiri oleh pelajar-pelajar dari Balok, Kuantan serta Kemaman, Dungun, Kuala Trengganu telah berlangsung dalam suasana ceria dan santai. Pelajar-pelajar telah diajar teknik menghasilkan roti jala yang lembut serta sedap dan dapat disiapkan dalam masa yang singkat. Mereka juga belajar memasak Kari Ayam Kawww yang amat sedap dihidangkan bersama roti jala. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pelajar yang sudi belajar dengan Citarasa Asli serta tidak ketinggalan kepada pihak tuan rumah Liza yang menyediakan tempat serta menjemput Kak Mai mengajar di sini. InsyaAllah jika ada jemputan kita akan berjumpa lagi dikelas yang akan datang.
No comments:
Post a Comment