
Citarasa Asli kini mengadakan kelas Anika Kuih Talam, Anika Puding, Muffin, Brownies, Continental Cake dan pelbagai lagi. Kelas diadakan di Citarasa Asli Kitchen.Bangsar Kuala Lumpur. Peserta boleh buat pilihan samaada ingin Personal Class atau Kumpulan. Kelas Personal diadakan pada setiap hari mankala kelas berkumpulan diadakan pada hari Sabtu dan Ahad. Ia bergantuk kepada permintaan peserta. Sila lawati Blog Citarasa Asli. Terima Kasih.
Senarai Kelas yang diadakan
▼
Saturday, 8 June 2013
Kelas Roti Jala & Kari Ayam Kawww di Bengkel Sis RizLea Ipoh - 8/6/2013
Sesi petang selepas kelas Mini Slice Cake disambung pula dengan kelas Roti Jala & Kari Ayam Kawww. Kelas telah dihadiri seramai 13 orang pelajar yang hadir dari Sungkai, Tapah, Teluk Intan, Setiawan, Kuala Kangsar, Taiping, Ipoh dan Pulau Pinang dimana setiap peserta yang hadir diberi hadiah bernilai RM100. Mereka telah diajar teknik-teknik membancuh roti jala yang mudah dengan teknik "cakaran harimau" ( istilah yang diberi oleh mereka ) serta cara penyediaan kari ayam kawww yang sedap. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang hadir kerana sudi belajar dengan Citarasa Asli. Tidak ketinggalan juga kepada pihak tuan rumah Sis RisLea Safuan. InsyaAllah jika ada jemputan Kak Mai akan datang mengajar lagi.
No comments:
Post a Comment