Citarasa Asli kini mengadakan kelas Anika Kuih Talam, Anika Puding, Muffin, Brownies, Continental Cake dan pelbagai lagi.
Kelas diadakan di Citarasa Asli Kitchen.Bangsar Kuala Lumpur.
Peserta boleh buat pilihan samaada ingin Personal Class atau Kumpulan. Kelas Personal diadakan pada setiap hari mankala kelas berkumpulan diadakan pada hari Sabtu dan Ahad. Ia bergantuk kepada permintaan peserta.
Sila lawati Blog Citarasa Asli.
Terima Kasih.
Kelas personel Seri Muka Pandan telah diminta oleh Puan Liza dari Rawang berlangsung di My Citarasa Asli Studio, Bangsar. Kelas diadakan selepas waktu kerja atas permintaan Puan Liza dimana beliau telah diberi tunjuk ajar serta teknik-teknik menghasilkan Seri Muka Pandan yang sedap, lembut serta texture yang cantik. Ribuan terima kasih kepada Puan Liza kerana sudi belajar dengan Citarasa Asli.
Kelas personel kuih terhangat dipasaran telah berlangsung di MyCitarasa Asli Studio, Bangsar dihadiri oleh Puan Tini dari Bangsar serta Puan Ati dari Selayang dalam suasana ceria. Peserta-peserta telah diberi tunjuk ajar serta teknik-teknik membuat inti koci yang sedap, tahan lama, lembut dan boleh dikukus banyak kali, teknik membuat apam yang ringkas, gebu serta boleh disejuk bekukan. Peserta juga diajar cara-cara menghasilkan Koleh Kacang serta Talam Lapis Kacang Merah yang sedap dan mempunyai texture yang menarik. Ribuan terima kasih kepada peserta yang sudi hadir ke kelas Citarasa Asli.