
Citarasa Asli kini mengadakan kelas Anika Kuih Talam, Anika Puding, Muffin, Brownies, Continental Cake dan pelbagai lagi. Kelas diadakan di Citarasa Asli Kitchen.Bangsar Kuala Lumpur. Peserta boleh buat pilihan samaada ingin Personal Class atau Kumpulan. Kelas Personal diadakan pada setiap hari mankala kelas berkumpulan diadakan pada hari Sabtu dan Ahad. Ia bergantuk kepada permintaan peserta. Sila lawati Blog Citarasa Asli. Terima Kasih.
Senarai Kelas yang diadakan
▼
Saturday, 27 April 2013
Kelas Pavlova
Kelas Pavlova telah berlangsung pada 27/4/13 dengan penuh santai & ceria terus dari Citarasa Asli Kitchen. Ribuan terima kasih kepada 3 orang pelajar yang hadir untuk mempelajari cara-cara serta teknik-teknik membuat Pavlova yang gebu & rangup. Semoga semua pelajar berpuas hati serta dapat mempraktikkan apa yang telah dipelajari dan bersedia menerima tempahan Pavlova yang enak & sangat sedap.
Kelas Roti Jala & Kari Ayam Power 27/4/2013
Kelas roti jala & kari ayam power telah diadakan terus dari dapur Citarasa Asli dalam suasana ceria. Seramai 8 orang pelajar telah menyertai kelas ini untuk mempelajari teknik-teknik menebar roti jala & membuat kari ayam yang power. Ribuan terima kasih Kak Mai ucapkan kepada semua pelajar-pelajar yang sudi belajar dengan Kak Mai.
Saturday, 6 April 2013
Kelas Maruku Malatopssss.......
Kelas berlangsung dengan penuh santai di Citarasa Asli Kitchen. Terima kasih kepada 7 orang peserta yang hadir untuk mempelajari tips dan teknik untuk mendaptkan maruku yang rangup, sedap dan tahan lama selama 4 bulan. Semoga semu peserta berpuas hati dan menjadi Jutawan maruku selepas ini. Jangan lupa mula amik order untuk Hari Raya 2013. Semoga maju jaya...AMIN