Personal Class bersama Citarasa Asli.
Personal class diminta oleh Puan Faezah. Dia dah lama minta ngan Kak
Mai kelas Kek Marble Caramel nie, since sebelum puasa lagi. Kebetulan
hari nie Kak Mai tiada Tempahan dan tiada apa-apa aktiviti so Kak Mai
jemputla dia kerumah untuk personal class. Tapi 1 resepi je
tau.......if not kul 12 malam tak siap lagi. Kami mulakan lepas Solat
Isyak dan habis pada jam 10.30 malam. Ribuan terima kasih pada Puan
Faezah kerana sudi belajar ngan Kak Mai Citarasa Asli walaupun pada
waktu malam. Iyalah siang hari Kak Mai bekerja, sabtu ahad pula sibuk
siapkan tempahan orang. Alhamdullilah rezeki Allah berikan. AMIN.
Dibawah adalah gambar semasa aktiviti dijalankan. Hasil Kek marble
Kamarel yang dihasilkan begitu cantik, lembut,moist dan sedap.